Feb 18, 2010

Proses Membuat Keropok

Berikut merupakan gambar proses penuh untuk membuat keropok keping.



Ikan tamban yang diborong.



Ikan tersebut akan disiang terlebih dahulu untuk diambil isinya.



Isi-isi ikan tamban yang telah di siang dan akan dicuci



Isi ikan tersebut akan disimpan untuk proses membuat keropok keesokan harinya.




Tepung sagu dan kanji yang digunakan



Isi-isi ikan tersebut akan digaul bersama tepung sagu dan sedikit tepung kanji didalam mesin pengisar



Setelah dikisar, campuran tersebut akan diletakkan di dalam bekas lain.



Seterusnya campuran tadi akan diuli dan dibentuk sebelum direbus.



Keropok tadi akan direbus selama lebih kurang 2 jam. Seterusnya keropok tersebut akan di sejukkan semalaman sebelum dihiris keesokan harinya.







Keropok tersebut akan dihiris nipis sebelum dijemur diatas kepingan zink.





Setelah kepingan keropok tersebut kering,kepingan keropok tersebut akan diangkat dan disimpan kedalam bekas sebelum dibungkus mengikut permintaan.




Keropok yang telah dibungkus. Kebiasaannya keropok keping akan dibungkus sebanyak 500 gram setiap satu.

3 comments:

  1. subhanallah..mantap..betol2 hebat..
    dlm bisnis ni yg penting istiqomah. niat kne btol..insyaallah dpt rezki tuk dunia n akhirat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara wildan..jemput la dtg trg...blaja nuat sendiri

    ReplyDelete
  3. salam, boeh x saya nk kopi satu persatu gmba diatas? sbb saya dalam kajian memahami cara mmbuat keropok, wahai mr zazizu... :)

    ReplyDelete